Follow Dashboard
Benti Kejap

Button

Tentang Bubu

DSC_1236_k
Noor Faraheen's the name
Got my first breathing since 1991
Blow the candles on fourteen of december every year
Emotionally with laughter

Repekan Readers




Cerita paeenbubu dan minggu ulangkajinya .
Friday, November 04, 2011 | 11:22 pm | 0 comments

Pada suatu hari yang tenang semasa bercuti-cuti, paeenbubu pernah berkata pada dirinya sendiri bahawa dia akan mentelaah dengan sesungguhnya untuk minggu mengulangkaji pelajaran nanti. Kata-kata itu secara tiba-tiba terdetik dihatinya kerana beliau pelik memikirkan dirinya yang langsung tidak membawa sebarang buku mahupun nota semasa pulang bergembira untuk cuti deepavali yang lalu. Rakan yang lain pula sudah sibuk bertanya mengenai nota-nota dan spot-spot pilihan dihati.

Sesudah kembali semula di maktab tercinta, hati paeenbubu sebenarnya sudah mula membara-bara seperti api untuk mentelaah. Walau bagaimanapun, secara tiba-tiba paeenbubu telah diserang demam dan disahkan menghidapi penyakit tuttt tuuttt. Badan lemah lagi tidak berdaya akibat demam dan sakit yang tidak dapat dielakkan itu telah memadam sebentar bara di jiwa yang memberontak itu. Buku yang dibuka, terasa berat untuk dibaca. Selama 2 hari beliau terdampar kecewa di katil tercintanya. Kasihan.

Alhamdulillah. Cuma dua hari saja badan lemah. Tetapi yang malangnya, sampai sekarang badan yang dah sihat walafiat itu tetap tidak mahu membara-bara lagi hatinya untuk mentelaah. Banyak desas-desus mengatakan rakan seperjuangannya sudah mula membincangkan hal-hal pelajaran. Ouch. Tersentak sesaat beliau. Iyalah. Mereka semua sudah habis mentelaah. Paeenbubu? Mungkin merepek saja yang mampu.

Sekarang hari jumaat sudah pun tiba. Hanya bab satu saja yang mampu beliau habiskan. Orang lain sudah habis 9 bab ke belakang. Yang ajaib nya, bila muka buku dibuka, matanya terbeliak bersinar-sinarnya. Tapi, bila buku sebenar yang dibuka, matanya tertutup segelap-gelapnya. Oh, baru beliau prasan, tertido lagi rupanya. Wakaka. Mungkin beliau tak sedar diri lagi agaknya neh. Mane pergi semangat yang konon hati membara tu tadi? Cuba teka?? Hurmm. -_-"




Old things | New things