Follow Dashboard
Benti Kejap

Button

Tentang Bubu

DSC_1236_k
Noor Faraheen's the name
Got my first breathing since 1991
Blow the candles on fourteen of december every year
Emotionally with laughter

Repekan Readers




Berlari Petang.
Wednesday, February 22, 2012 | 7:26 pm | 0 comments

Semalam petang. Tetiba kena turun padang. Maka, aku bangkit dari tido. Oh! Kantoi tido petang di situ. Dalam keadaan mamai, merungut sendiri sambil pergi ke toilet menyegarkan diri. Nak tak nak, kena jugak turun. Demi mu, Tok Lelaaaa.

Sampai-sampai, bagi autograf by bubu dan terus beratur mengikut unit masing-masing. Rupanya, petang tu ada sukantara 100meter. Walaweh. Lama benor tak berlari-lari macam dulu. Lemak-lemak badan yang selama ni terkumpul gembira pasti terkejut panda lepas berlari nanti.

Mana tak nyer. Petang-petang aku jog dalam bilik je. Atas kerusi. Kalau nak lagi advance, atas katil. Nampak sangat gaya hidup tak sihat terserlah di situ. Wakaka. Takpela, lari jelaa. Lagipun, beramai-ramai. So, tak de lah ase macam janggal gila. Tapi aku macam ada rasa kesian plak kat akak-akak GSTT. Lagi-lagi yang dah kahwin, ditambah pula ada yang sudah beranak dua. Kena pulak lari 100m. Tak ke kesian aku nengok. Takpela kak, itu pengorbanan. Ceh, apehal plak aku ni. Macam takde kaitan jek.

Haa, masa sebelum lari tu, aku hanya berdoa supaya tak jatuh jek. Sebab kalau jatuh, aku rasa itu lagi malu perasaannya. Aku pernah rasa masa zaman skola dulu. Jatuh betul-betul depan astaka masa lari 200m dulu. Menjadi tontonan ramai.Perhh. Waterpark betui! Haha. Okeh-okeh, malu nak ingat balik.

Maka, pada aweks-aweks di luar sana, janganlah korang mencontohi aku yang pemalas nak beriadah petang-petang. Sila-silalah cergas kan diri anda tu yee sebelum merana di hari tua nanti. Haa, pandai rupenyer aku nasihat orang. Kahkahkah. Eh, senja sudah tiba. Ayuh mandi semua !

caucincau ^_^


Old things | New things