Follow Dashboard
Benti Kejap

Button

Tentang Bubu

DSC_1236_k
Noor Faraheen's the name
Got my first breathing since 1991
Blow the candles on fourteen of december every year
Emotionally with laughter

Repekan Readers




Hasben-to-be? Alahai .
Friday, February 24, 2012 | 2:15 pm | 0 comments
Topik untuk hari ni, "lelaki pilihan hati a.k..a hasben-to-be". Saje nak mengade-ngade jap. Padahal single mingle but not available la pulak. Apakah maksud semua ni? Huahuahua. Ni Kalau mak ayah aku baca, kompem dah kena flying kick gaya bebas. Uhuu. Takpe takpe. Usia masih muda. Rilek luu. Okay, let see serba sedikit pilihan macam mana yang sebolehnya aku nak.

1. Soleh
Semestinya agama itu yang paling utama kan? Taat pada suruhan agama. Kan suami yang kena bimbing isteri & anak-anak. Lagipun, aku ni bukanlah orang yang tau banyak pasal agama. At least, nanti dia boleh imamkan solat aku. Mana la tau kalau kalau aku yang meninggal dulu, ada jugak si dia yang boleh bacakan doa & sedekahkan Al-Fatihah serta Yassin untuk aku nanyi, kan? :')


2. Sedap mata memandang giteww.
Aku tak suka laki hensem walaupun pada zahirnya aku memang suka tengok laki hensem. *ayat ape neh? -_- Bukan ape, aku yang sememangnya tak se-hot gegurl lain so, opkos la takde orang hensem lagi ohsem yang akan suka aku. Sedar diri pon kau upenyer. Kahkahkah. Lagipun, laki hensem or pempuan cantik ni susah nak jaga. Faham-faham jelah weh. Ini hanya pandangan aku jek. Kalau dapat tuh, mungkin bonus la bagi kau. Tapi, aku lagi prefer yang sedang-sedang & sedap mata memandang. Macam mane sedap mata memandang tu? Ehee, entahlah. Lain orang, lain taste!

3. Cikgu
Kerjayanya kalau boleh nak cikgu. Ini pon penting jugak bagi aku. Sebab aku rasa kalau si lelaki tu cikgu, mybe dia lebih memahami macam mana life aku. Maksud aku, kalau nak membebel pasal sekolah ke, takde ah dia melopong je dengar. Lagi satu, disebabkan aku sorang je anak pempuan dalam famili, maka kena lah selalu berada di samping keluarga tersayangss. Keje sama, cuti pon sama. So, lagi senanglah nak balik kampung! Mak ayah aku pon dua-dua cikgu. Disebabkan pengaruh sekeliling aku macam tu, maka aku rasa nak jugak cikgu untuk hasben-to-be aku. Boleh terima tak reason aku nak suami cikgu neh? Wawawawawawa.


4. Umur lebih tua
Umur mestilah lebih tua daripada aku. Tak suka yang lebih muda ataupun yang sama umur. Reason? Unknown. Masih tak dapat dikenalpasti. Mungkin ciri ni dipengaruhi oleh kegagalan plus kekecewaan sebelum-sebelum ni. Sebab kebanyakan yang sama umur aku kenal, semua tak serius, main-main, suka-suka, nak enjoy dulu, jaga market & blablabla. Fedup plus serik. Tapi ni hanya pandangan aku je tau. Orang lain, lain citer ah. Ape-ape punn, aku memang prefer umur yang lebih tua. Lagi berumur lelaki tu, lagi romantik & lakuu! Yeke? Jangan sampai dapat yang pangkat datok sudehh. Hahaha. Tapi, kadang-kadang, umur yang tua tu tak semestinya matang dalam keputusan. Hurmm. Sedang mencari reason yang lebih kukuh untuk ciri ni. Next!


5. Terima seadanya
Boleh terima semua kekurangan or kelemahan aku. Dan lagi, biarkan aku boleh jadi diri sendiri. Contohnyer la kan, bila sorang laki ni suruh aku pakai macam pempuan tu, pempuan ni. Aihh, tau la aku tak lawa. Nak sangat aku jadi lawa macam dia kan? Haa, ape lagi? Pegi jela kat pempuan yang ko suke sangat tengok tuu. Dan lagi sila berambus dari hidup aku. Nampak sangat kau tak bersyukur. Erkk, asal ter-emo plak ni? Hahaha.


6. Tak menggatal
Ohooii. Sememangnya aku memang pen-jeles yang tegar. Maka sangat lah alergic lagi menyampah kalau tengok si dia dok melayan manja-manja dengan pempuan lain. I miss u. I miss u tooo. Ouhh. Sangat menyakitkan hati. Maka, tolong jangan buat aku jeles. Kalau hal keje, takpe. Lebih dari tu? Ampun maap diminta mensuci hening dosaaaaa.... lalalalala. Aku rasa kaum laki pon tak suka kan kalau pempuan tu melayan lebih-lebih dengan semua laki. Sama la macam pempuan jugak. Kalau aku tak boleh buat, ko pon tak leh buat jugak. Fair la kan?


7. Pandai amik hati
Yeay. Aku suka yang ni. Happening, gentle, caring, sabar melayan, banyak cakap & tak membosankan. Sentiasa cool bila marah & buat hati aku berbunga-bunga bila jumpa. Pastu, ada je kelakuan dia yang buat aku terus melting macam eskrem lalu tersenyum-senyum sampai kecuping telinga. Kiranya dia layan aku tak sama macam gegurl yang lain! Ecececehh. Banyak songeh plak bubu ni. Then, si dia kene jugak selalu beria untuk aku. Bukan beria masa mula-mula kenal jek tau. Tapi, kalau perangai kejap ada kejap takde tu memang buat hati aku makin tawar la gamaknyer. Aku i selalu jiwa kacau & kuat berfikiran negatif secara mendadak. Maka sangatlah penting 'beria' tu untuk positifkan aku plus kuatkan hati yang tengah goyah tu. Alahai. Nape lah aku macam ni. -_-"

Papepun, ini hanya apa yang aku rancang & harapkan. AKu tau tak semua yang kita nak, kita dapat. Semua dah sedia tau, jodoh semua tu ketentuan Allah. Kita hanya merancang. Lagipun, aku sendiri neh kene banyak gak baiki diri sendiri ni kalau nak dapat hasben-to-be yang ada ciri-ciri kat atas ni. Huahuahua. Okay, nak gtau lagi. Saje hari ni mengada nak taip entry macam ni. Hoho. Papai!


caucincau ^_^



Old things | New things