Follow Dashboard
Benti Kejap

Button

Tentang Bubu

DSC_1236_k
Noor Faraheen's the name
Got my first breathing since 1991
Blow the candles on fourteen of december every year
Emotionally with laughter

Repekan Readers




Sampai sudah.
Monday, March 05, 2012 | 6:41 pm | 2 comments
Setelah 3 hari 2 malam terlibat dengan kem pengguna, akhirnya kembali juga ke tempat asal malam semalam. Badan sangatlah penat. Sampai je bilik, terus campak baju kotor dalam bakul, tukar baju, koling-koling then terus pengsan sampai pagi. Sampai-sampai je kelas, semua muka sememeh. Tak bermaya. Lecturer mengajar, ramai yang menjadi zombie termasuk la aku. Harini langsung tak cergas. Kepala semua lentok ke kiri dan kanan. Tak kurang juga ada kepala yang statik posisinya. Kasihan kami. Btw, aku tak mau lagi citer pasal aktiviti sana.Gambar-gambar belum habes kutip lagi. Huhu. Coming soon oke.

Masa dalam perjalan hari jumaat ritu, aku sangatlah tertarik pada bangunan ni. Ingatkan muzium ke hape. Sebab masa tu banyak kereta parking kat luar. Rupa-rupanya masjid woo. Dari jauh kitorang teruja sebab masjid ni unik. Binaan dia 80% daripada kayu. Kalau dah banyak kayu tu, nama pon kompem-kompem la nak panggil Masjid Kayu. Kalau masuk rasa macam kembali ke zaman bawang putih bawang merah ni. *ada kaitan ke? Masjid ni dekat seberang Jertih, Terengganu. Ganu tuu. Kitorang sempat singgah solat kat sini lepas orang laki balik solat jumaat. Merasa la jugak solat kat situ. Sejuk tau dalam tu :) Ini kalau buat photoshoot lepas nikah, seronok ni. Eh?

Kalau dah teruja tuuu, faham-faham jela eh. Huhu.

Pilih-pilih! Mana satu yang berkenan di hati anda? Malangnya, ramai yang dia atas sana sudah berpunya secara tidak rasmi. Huahuahua. See see? Bukan aku sorang je tau teruja. Semua teruja okeh. Serius cantik masjid ni walaupon tak besar mana. :)



Old things | New things