Kami di Outdoor Theme Park.
Wednesday, September 12, 2012 | 4:38 pm | 0 comments
Dah sampai, ape lagi. tergedik-gedik cari kaunter tiket outdoor. Hamek kau bila 50 inggit melayang. Bagi tidak mensia-siakan kemelayangan tersebut, main semua yang ada dalam tu. Kecualilah yang membosankan untuk budak-budak tu. *macam la aku tak penah jadi budak. Hehhh.
Bila masuk, mata terus tumpu pada spinner ni. Setakat pusing-pusing melayang naik buai macam tu la. Ceit. Macam buai konon. Padahal diri sendiri pon terjerit-jerit atas tu. Berair la sikit mata. Sikit je oke sebab sejuk.Pelik jugak. Lalala.
Sebelum dibuai-buai melayang bersama cuaca yang berkabus. Aku pilih tempat yang tengah sikit. Dengan alasan , mungkin tak berapa nak melayang jauh macam seat yang tepi-tepi tu. Haha.
Oke. Dah mula naik. Kaki dah tergantung.
Oh, itu lomo. Yang baju purple tu.
Haa. Amek. Pusing-pusing. Tapi tak puas sebab kejap je. Wuwuwu.
Lepas habes, sume pening lalat turun seat. Jalan pon dah tak betol. Lalat tak lalat, terus berlari pegi main benda lain. Sebab takde mase. Plus semua fikir lima puloh yang melayang tadi. Haha. Rasa macam tengah running man pon ada. Siap check point check point. Hurmm. Mungkin aku ji hyo mase tu. Phuiii. Haha.
Gambar yang lain, dah tak banyak. Kembara fotografi sume ntah hilang mane. Sebab fokus nak main je. Haha. Roller coster, pirate ship & blablabla. Paling mencabar main space shot ni. Naik slow-slow sampai paling atas. Lepas tu, terus jatuh bawah, henjut tiga kali. Memang terapung tak jejak punggung la bila dia turun bawah tu. Ini serius tahap cuak plus takot aku paling maksima. Menjerit macam ape ntah. Hilang kejap kewanitaan aku. Huahuahua. Lomo boleh slumber naik 4 kali benda ni. Penjuru yang lain-lain pulak tu. Perhh. Aku pulak macam sanggup tak sanggup je lepas tu. Tapi best sangat tau! Rase nak main lagi kalau datang lagi. -_-"
Btw, hari yang sangat hepi bila dapat jalan dengan member semua. Tenkiu guys.
Penat, puas, dan semestinyer pening.
*Sempat belikan something untuk dia untuk dating ahad ritu. Hikhik.
Caucincau ^_^