Sebelum Tido.
Tuesday, October 23, 2012 | 1:58 am | 0 comments
Sebelum aku masuk tido. Sempat jugak menaip blog. Hihi. Hari ni dah hari selasa wehhh. Selasa. Esok rabu. Boleh balik dah tu. Tak sabar rasanyer. Tahun lepas dah beraya haji kat sini. Tahun ni, takkan sini lagi. Serik weh serik. Tak sanggup lagi menanggung sayu di hati.
Maktab pon dah mula sunyi. Lagi sunyi esok hari. Aku tatau la camne nak tido sorang-sorang esok. Lonely sungguh rasa. Memang merancang mandi awal esok malam. Lepastu kunci pintu. Tido awal. Takut duduk sorang. Padahal boleh sangat balik esok. Tapi tapi.. Kami ada agenda tersendiri. Wakakaa. Cepatlah rabu. Cepatlahhh. Tak sabar dah ni nak balik. Balik dengan cekodok tu.
Adehh. Duduk sini pon tak berape nak study jugak nampaknyer. Aku macam kena ada persaingan. Kena tengok member dah baca banyak, baru aku rasa semangat nak study. Rasa macam dah kelam-kabut, baru rasa berkobar-kobar hafal segalanya. Hakhak. Tapi diorang sume dah cabut. Tinggal sesorang di sini. Tapi kisah ape aku. Hahahaha. *apebenda ntah -_-"
Oke lah. Masa menidurkan diri telah tiba. Katil memanggil-manggil. Cuaca sini sangat sesuai bagi aktiviti membutakan. Ayat apakah ini. Sebelum merepek tak tentu pasal. Sebelum meroyan di tengah malam. Ayuh kita tido. Mornite! Esok pagi kena bangun awal. Kejut budak yang dah pengsan awal tadi.
![]() |
credit to jazlan. |
Eh, kamu kamu tu. Good luck exam hari ni.
Caucincau ^_^