Scan. Alhamdulillah.
Thursday, February 14, 2013 | 12:09 am | 0 comments
Ehhh. Ape ni. :)
Tadaaaaaaaa. Aku dah ade baby. Muahahahaha. Okay okay. Aku memaen. Sebenarnye ni gambar scan rahim aku. Takde baby oke. Kawen pon tak lagi huii :p Ermm. Petang tadi mak bawak pegi klinik sakit puan. Fuhh. Muda lagi dah kena pegi tempat camtu. -_- Eii. Dipendekkan cerita ape masalah, setiap bulan aku terpaksa menanggung derita pedih seksa kerana pms. Bukan pms biasa. Sekali kena, langsung tak larat nak berjalan. Muntah. Cramp. Berguling atas katil. Badan rase sejuk sangat. Bagi kurangkan rase sejuk tu, teros cepat pakai sweater, stokin, selimut 2 lapis & slow kan speed kipas paling minimum. Sakit die susah nak cerita. Iskk.
Nak tak nak terpaksa ponteng kalau kena time kuliah. Nasebla attendance aku tuh. Daripada menambah seksa diri pegi hospital tunggu berjam, lagi baik aku terbaring dalam bilik je. Lagi menyusahkan orang nak kena papah aku satu hal. So, doktor tadi scan part situ. Aku punye cuak & takot time tu. Dub dab dub dab Dub dab. Alhamdulillah. Tade pape ketumbuhan or pape masalah. :') Doktor bagi ubat makan untuk hilangkan rasa sakit masa-masa tersebut. Risau gak ubat pain killer ni. Tapi dia cakap takde side effect. Ok la kot. Urmm. Ubat untuk hilang sakit selamanyer takde plak. Kena la tahan sampai berapa tahun lagi tatau la. Tapi tak kisahla. Asalkan takde masalah serius. Lepas ni kena makan ubat je. Kalau makan, tapi sakit jugak kena la jumpe doktor lagi. Hope tade pape la lepas ni. Doakan aku oke yup. :)